Tuesday, February 24, 2015

A 017 WORLD RECORDES OF BIZZARE SEX

This summary is not available. Please click here to view the post.

A 016 BAHASA UTAMA DUNIA

BAHASA-BAHASA DI DUNIA
.
Aku dilahirkan dalam tahun 1959, dua tahun lebih selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.  Semasa negara MALAYSIA dibentuk, aku baru berusia 3 tahun setengah. Mungkin dah pandai bercakap pelat-pelat. Sejak aku dilahirkan sehingga aku tahu bercakap, apa yang aku tahu aku adalah orang Jawa.  Aku cuma tahu berbahasa Jawa. Sedikit-sedikit cakap Melayu kerana abang dan kakakku telah bersekolah dan mahir berbahasa Melayu. 

Penduduk kampung aku 98%  berbangsa etnik Jawa cuma 2% dari etnik Banjar.  Masa aku bersekolah, rasanya 100% kelas aku anak Orang Jawa.  Jadi, di rumah cakap Jawa, di sekolah (keluar dari kelas) aku cakap Jawa, bersama kawan kampung tak payah cerita la, mana ada bahasa lain. Lebih dari itu, di rumah bapak ajar aku (dan adik beradik lain) mengaji Muqaddam dengan kaedah Jawa. 

Oleh itu, kalau aku liat sangat nak pandai Bahasa Inggeris di sekolah, jangan lah terlalu salahkan aku, kerana aku cuma belajar untuk lulus periksa sahaja supaya tak kena belasah bapak aku yang pantang dengan markah dakwat merah.  

Tapi, pada pandangan aku, kalau macam tu la cara pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Melayu.  Memang tak akan siapa pun yang boleh bercakap Inggeris ataupun berminat belajar Bahasa Inggeris. Mungkin sekarang dah berubah silibus dan kurikulumnya.  TAPI, aku rasanya masih tak berubah.  Buktinya, walaupun anak aku dapat A subjek BI dalam PMR, boleh faham movie Inggeris, boleh memahami dan mengikuti arahan-arahan Bahasa Inggeris dalam internet, dia tetap sukar melafazkan Bahasa Inggeris.

Pencapaianku dalam Bahasa Inggeris semasa di sekolah aku rasa tidak memberangsangkan sekadar tahap B atau C sahaja.  Walaupun begitu, bersekolah di sekolah kampung, aku masih tergolong dalam kumpulan TOP 5 di sekolah.  Bukan aku nak sombong atau bermegah atau riak.  Tak percaya tanyalah sapa-sapa yang kenal aku semasa di sekolah dulu.  Nama aku tak pernah MISSED untuk dipilh mewakili sekolah dalam pertandingan 'Story Telling, Debate, QuizInter-School" (SMK) dalam Daerah Batu Pahat.  Sekolah (STMI) aku (sekolah kampung) menjadi Johan Kuiz Bahasa Inggeris antara sekolah tahun 1976.  Aku masih ingat, di peringkat akhir STMI mengalahkan Sekolah Tun Aminah (sebuah sekolah perempuan bandar- yang memang famous dengan kefasihan mereka berbahasa Inggeris). Itu sejarah BAHASA INGGERIS.

Semasa di ITM Shah Alam (1986-1989), aku berminat mengambil Bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Dan sejarah juga membuktikan, aku berjaya mendapat A (4 flat) untuk keempat-empat semester. Dalam tahun 1992 aku mengambil kelas malam (sambilan) Bahasa Arab di UIA dan aku juga berjaya dapat A.  Namun keadaan (konstrain) dan masalah peribadi (kewangan dan masa) menyebabkan aku tidak meneruskan ke tahap-tahap seterusnya.

Manusia telah cuba untuk mentakrifkan bahasa daripada beberapa segi. Contoh takrifan termasuk yang berikut:
  • satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan.
  • satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep realiti mereka kepada fikiran orang lain.
  • satu sistem maksud yang dikongsikan antara mereka.
  • satu kod yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara bentuk dan maksud.
  • satu ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan (contoh :- Perkataan , ayat, dan lain lain.).
  • satu penuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakat linguistik.
  • satu pemikiran
Mungkin ada beribu-ribu bahasa yang pernah dan sedang digunakan dalam dunia ini.  Ada bahasa yang sudah pupus kerana bangsa yang menuturkan sudah pupus atau telah dikuasai oleh bahasa asing. Kalau nak disenaraikan, mungkin terlalu banyak.  Antara bahasa yang popular ialah Bahasa China (Mandarin), Inggeris, Arab, Peranchis, Hindi, Tamil, Melayu/Indonesia, Sepanyol, Portugis, Russia, Italy, Greece, Parsi, Thai, Tagalog, Jepun, Korea, Afghan, Bengali (Bangla), Urdu, Khmer, Vietnam, Zulu, Malayalam, Telugu, Punjabi, Turki dan lain-lain.
Berikut adalah 10 bahasa yang terbesar di dunia:
Ranking 1: Bahasa Mandarin
Tak salah lagi, Bahasa Mandarin adalah bahasa yang paling banyak dituturkan orang di seluruh dunia. Jumlah penduduk di China/Tiongkok saat ini diperkirakan hampir mencapai 1.8 billion penutur. Dari jumlah ini, semuanya diwajibkan bertutur kata rasmi dalam satu bahasa yaitu Bahasa Mandarin. Belum lagi, para imigran Tionghoa di seluruh pelusuk dunia yang setia menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa sehari-harinya.
Asal-usul kata Mandarin. Perkataan Mandarin ini diserap bahasa Inggeris dari bahasa Cina sendiri. Mandarin secara harfiah berasal dari sebutan orang asing kepada pembesar-pembesar Dinasti Qing di zaman dulu. Dinasti Qing adalah dinasti yang didirikan oleh suku Manchu, sehingga pembesar-pembesar kekaisaran biasanya disebut sebagai Mandaren. Dari sini, bahasa yang digunakan oleh para pejabat Manchu waktu itu juga disebut sebagai bahasa Mandaren. Penulisannya berevolusi menjadi Mandarin di kemudian hari.

Fakta:
  • Jumlah penutur: sekitar 1.6 - 1.8 billion.
  • Jenis aksara: Karakter Cina.
  • Negara penutur: Cina dan komuniti keturunan Cina lainnya di seluruh dunia. 
  • Salah satu Bahasa rasmi PBB


 
Ranking 2: Bahasa Inggeris
Adalah diperakui bahawa bahasa paling popular di dunia sekaligus bahasa yang paling banyak digunakan  menjadi bahasa rasmi di beberapa negara dan organisasi di seluruh dunia ialah Bahasa inggeris (English). Tercatat ada 53 negara dan 10 organisasi antarabangsa yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Selain itu, hampir semua negara di dunia menerapkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua setelah bahasa nasionalnya masing-masing.

Fakta:
  • Jumlah penutur: sekitar 550 - 600 juta orang
  • Jenis aksara: Latin
  • Negara penutur: Great Britain, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Antigua & Barbuda, Australia, Bahama, Bangladesh, Barbados, Belize, Botswana, Brunei Darussalam, Dominica, Ethiopia, Eritrea, Fiji, Filipina, Gambia, Ghana, Grenada, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Cameroon, Canada, Kenya, Kiribati, Lesotho, Liberia, Malawi, Malaysia, Maldives, Malta, Marshall Islands, Maritius, Micronesia, Namibia, Nauru, Nigeria, Pakistan, Palau, Papua Niugini, Rwanda, Saint Kitts & Nevs, Saint Lucia, Saint Vincent & Grenada, Samoa, Selandia Baru, Seychelles, Sierra Leone, Singapura, Solomon Kepulauan, Somalia, Sri Lanka, Swaziland, Tanzania, Tonga, Trinidad & Tobago, Tuvalu, Uganda, Vanuatu, Zambia, Zimbabwe. 
  • Salah satu Bahasa Rasmi PBB, EU, 
  • Bahasa rasmi Kesatuan Negara-negara Commonwealth 
  • Bahasa rasmi pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti NATO, NAFTA, OAS, OIC, PIF, UKUSA, dll.



 
Ranking 3: Bahasa Hindi
India mempunyai penduduk kedua terbanyak di dunia selepas China, lebih kurang 1.4 billion. Tetapi negara India tidak memiliki bahasa nasional yang rasmi. Bahasa Hindi yang dituturkan oleh sebahagian besar masyarakat India hanya diakui sebagai bahasa rasmi sehari-hari bersama bahasa Inggeris tetapi bukan sebagai bahasa kebangsaan.  Walaupun bahasa rasmi negara Pakistan ialah Bahasa Urdu, tetapi sebenarnya bahasa dan tulisan Urdu adalah sama dengan Bahasa Hindi.  Pengguna bahasa Urdu melebihi 105 juta penduduk. Selain dari itu seramai lebih 30 juta pengguna menggelarnya sebagai Bahasa Punjabi.

Selain dari bahasa Hindi, India mempunyai 22 lagi bahasa yang yang popular dituturkan oleh rakyat India di India atau di luar India iaitu Bahasa Tamil (mempunyai lebih 80 juta penutur, Malayalam (40 juta), Telugu (80 juta), Punjabi (30 juta)

Fakta:
  • Jumlah penutur: India sahaja sekitar 500 juta orang (jumlah seluruh dunia ialah 800 juta)
  • Jenis aksara: Devanagari/Sansekerta
  • Negara penutur: India, AS, Mauritius, Afrika Selatan, Yaman, Uganda, Malaysia, Singapura, New Zealand, Jerman,  Fiji, Nepal, Suriname, Trinidad & Tobago, Guyana dan United Arab Emirat.


 
Ranking 4: Bahasa Sepanyol

Setelah penguasaan Portugis di benua Afrika, Asia Timur dan Amerika Tengah dan Amerika Latin di abad ke 15 menurun, penguasaan di wilayah-wilayah berkenaan telah diambil alih oleh Sepanyol pada abad ke 16 dan 17. Akibatnya, banyak kebudayaan Sepanyol yang bertapak kuat di sana. Sehingga kini, Bahasa Sepanyol (Spanish) banyak dipakai sebagai bahasa rasmi negara-negara di Afrika, Amerika Tengah dan Selatan. Selain itu, bahasa Sepanyol juga banyak dituturkan di beberapa negara bahagian Amerika Serikat yang berbatasan dengan Mexico. Bahkan beberapa kosa kata bahasa Inggeris dipinjam dari bahasa Sepanyol seperti tornado, bonanza, patio, quesadilla, Enchilada, dan taco grande supreme, dll.


Fakta:

  • Jumlah penutur: sekitar 450 juta
  • Jenis aksara: Latin
  • Negara penutur: Sepanyol, Argentina, Bolivia, Chile, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, Equatorial Guinea, Guatemala, Honduras, Colombia, Costa Rica, Cuba, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru, Puerto Rico, Uruguay, Venezuela


Ranking 5: Bahasa Arab
Bahasa Arab adalah salah satu bahasa tertua di dunia dan merupakan bahasa yang digunakan dalam Al Qur’an. Bahasa Arab banyak meminjamkan kosa katanya ke sejumlah bahasa di Eropa utamanya bahasa Spanyol, Portugis dan Sisilia. Bahasa Arab, seperti juga bahasa Ibrani dan Persia memakai sistem penulisan aksara dari kanan ke kiri. Sejak tahun 1974, bahasa Arab digunakan sebagai salah satu bahasa resmi di PBB.
Fakta:
  • Jumlah penutur: sekitar 350 juta orang
  • Jenis aksara: Arab
  • Negara penutur: Arab Saudi, Algeria, Bahrain, Chad, Comoro, Djibouti, Mesir, Eritrea, Irak, Israel, Jordan, Kuwait, Lebanon, Libya, Marocco, Niger, Oman, Palestin, Qatar, Somalia, Sudan, Syria, Tunisia, Uni Emirat Arab, Sahara Barat, Yaman, Mauritania, Senegal, Mali. 
  • Salah satu Bahasa rasmi PBB

 
Ranking 6: Bahasa Rusia

Bahasa Russia hanya terbatas penggunaannya di negara Russia dan negara bekas Union of Socialist Soviet Republic (USSR). Jumlah penuturnya hampir 300 juta. Bahasa Rusia adalah bahasa rasmi negara Kesatuan Russia sekarang.
Fakta:
  • Jumlah penuturnya sekitar 278 juta orang
  • Jenis aksara: Cyrillic
  • Negara penutur: Rusia, Belarusia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova dan Estonia. 
  • Salah satu bahasa rasmi PBB


Ranking 7: Bahasa Melayu (termasuk Bahasa Indonesia)
Bahasa Melayu termasuk bahasa Indonesia adalah termasuk dalam rumpun bahasa Melayu  berada pada ranking yang ke 7 dengan jumlah penutur lebih 300 juta orang. Bilangan kasar ini dapat dari perkiraan jumlah penduduk Indonesia tahun 2009 yang mencapai 240 juta jiwa ditambah penduduk Malaysia 28 juta, penduduk Brunei 388 ribu serta sebagian kecil penduduk Thailand, Singapura dan Timor Timur. Ia adalah bahasa rasmi untuk Indonesia, Malaysia dan Brunei Darussalam dan bahasa kedua di Singapura, Kemboja dan Vietnam. 
Bahasa Indonesia menduduki tempat ke 3 di Asia dan kedudukan ke 26 di dunia darihal bahasa yang mempunyai tata bahasa tersusah di dunia. 
Bahasa dalam kumpulan Bahasa Melayu/Indonesia/Polynesia lain ialah Tagalog, Bugis, Jawa, Sunda, Banjar, Iban, Bawean, Kazdazan, Minang, Madura, Malagasi dan Maori.
Fakta:

  • Jumlah penuturnya melebihi 300 juta.
  • Negara pengguna ialah Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura. Sedikit pengguna di Thailand, Kemboja, Vietnam, Australia, Afrika Selatan dan Sri Lanka.


 

Ranking 8: Bahasa Portugis
Walaupun Portugis hanya sebuah negara yang kecil dan dikatakan salah satu negara miskin di Eropah namun pada abad ke 15, Portugal merupakan bangsa yang besar kerana merekalah bangsa Eropah pertama yang berani melakukan penjelajahan maritim ke pelbagai penjuru dunia. Hasil dari keberanian para penjelajah seperti Vasco da Gama, Henry the Navigator, Afonso de Albuquerque dan Pedro Álvares Cabral, Portugis menguasai wilayah-wilayah penting di Asia, Afrika dan Amerika Selatan dan kemudian menanamkan pengaruh kebudayaannya di sana.
Fakta:
  • Jumlah penuturnya melebihi 250 juta orang.
  • Jenis Aksara: Latin
  • Negara Penutur: Portugal, Brazil, Angola, Cape Verde, Timor Leste, Guinea-Bissau, Macau, Mozambique, São Tomé e Príncipe.

 
Ranking 9: Bahasa Bengali

Bangladesh adalah sebuah negara dengan wilayah geographik yang kecil, tapi jumlah penduduknya mencapai 150 juta orang. Bahasa rasmi negara Bangladesh adalah Bahasa Bengali (Bangla). Kerana wilayah Bangladesh hampir seluruhnya berdekatan dengan India maka jumlah penutur bahasa Bengali meluas hingga ke beberapa wilayah India.
Fakta:
  • Jumlah penuturnya sekitar 270 juta orang
  • Jenis Aksara: Bengali
  • Negara Penutur: Bangladesh dan India.  Dituturkan juga di Malaysia.


 
Ranking 10:  Bahasa Perancis

Bahasa yang sering disebut-sebut sebagai bahasa paling romantis di dunia ialah Bahasa Perancis (French)l  Ia digunakan di Perancis juga menjadi bahasa rasmi di beberapa negara bekas jajahan Peranchis.  Walaupun penduduk Perancis hanya sekitar 70 juta jiwa namun pengguna bahasa ini di seluruh dunia melebihi 4 kali ganda jumlah penuturnya di negara Perancis sendiri.  Malah bahasa ini telah menjadi bahasa rasmi di 29 buah negara lain di dunia.

Fakta:
  • Jumlah penuturnya melebihi 300 juta orang.
  • Jenis Aksara: Latin
  • Negara Penutur: Perancis, Monaco, Canada, Switzerland, Belgium, Luxemburg, Benin, Burkina Faso, Burundi, Cameroon, Afrika Tengah, Chad, Comoro, Congo/Zaire, Ivory Coast, Djibouti, Guinea, Equatorial Guinea, Gabon, Guernsey, Madagascar, Mali, Mauritius, Niger, Rwanda, Senegal, Seychelles, Togo, Haiti, Lebanon, New Caledonia Vanuatu. Polynesia, Martinique, Guadalupe. 
  • Salah satu dari bahasa rasmi PBB.
.