Friday, April 3, 2015

A 020 JABAL TARIQ

GIBRALTAR
'peninggalan pahlawan Islam'
Ceuta and the Strait of Gibraltar
.
Gibraltar adalah sebuah wilayah koloni (tanah jajahan) Britain yang terletak di penghujung selatan Semenenjung Iberia yang merupakan pintu masuk ke Laut Medditerranean.  Ia mempunyai keluasan 6.8 km persegi (2.6 batu persegi).  Ia bersempadan dengan wilyah selatan Andalusia, Sepanyol. "Rock of Gibraltar" merupakan mercu tanda wilayah ini.  Di kaki bukit inilah terdapat sebuah bandaraya Gibraltar yang padat dengan penduduk seramai 30,000 jiwa.

Gibraltar adalah pangkalan penting untuk Royal Navy dan hasil utama wilayah ini ialah industru pelancongan, perkhidmatan kewangan dan perkapalan. 

Sejarah Awal Gibraltar


Sejarah awal Gibraltar seperti yang saya cedok dari wikipedia.com adalah seperti berikut:


"Evidence of Neanderthal habitation in Gibraltar between 128,000 and 24,000 BC has been discovered at Gorham's Cave, making Gibraltar the last known holdout of the Neanderthals. Within recorded history, the first inhabitants were the Phoenicians, around 950 BC. Subsequently, Gibraltar became known as one of the Pillars of Hercules, after the Greek legend of the creation of the Straits of Gibraltar by Heracles. The Carthaginians and Romans also established semi-permanent settlements. After the collapse of the Roman Empire, Gibraltar came briefly under the control of the Vandals. The area later formed part of the Visigothic Kingdom of Hispania until the Islamic conquest of Iberia in 711 AD. Seven centuries of Moorish control ended when Gibraltar was captured by the Duke of Media Sidonia in 1462 as part of the Spanish Reconquista".


Sejarah Gibraltar moden mempunyai kaitan rapat dengan sejarah Islam di Sepanyol.  Nama Gibraltar adalah derivasi Sepanyol dari bahasa Arab 'Jabal Tariq' (جبل طارق) yang bermaksud 'Bukit Tariq'.  Ia mengambil sempena nama seorang pahlawan islam Kerajaan Bani Umayyah berbangsa Berber bernama 'Tariq bin Ziyyad' (طارق بن زياد).

Pada tahun 711 Tariq bin Ziyyad diperintahkan oleh Khalifah Al Walid I melalui Gabenornya di Afrika Utara, Musa bin Nushair untuk mengetuai satu angkatan perang serama 70,000 tentera menyeberang laut dari arah Maghribi, di Utara Afrika.  Bala tentera Islam mendarat di satu pantai yang bernama 'Monn Calpe'.  Serangan ini bertujuan untuk menakluki Kerajaan Visigoth, Sepanyol yang diperintah oleh Raja Roderick yang zalim.  Rakyatnya sendiri amat membencinya dan meminta pertolongan Gabenor Musa.

Pada tarikh 29 April 711,sebaik sahaja bala tentera pimpinannya mendarat, Tariq memerintahkan supaya kesemua kapal perang mereka dibakar. Mengapa Tariq berbuat demikian? Tariq menhadap ke arah bala tenteranya dan berkata:


(maksudnya: "wahai bala tenteraku, ke mana kamu ingin lari? lautan di belakang kamu dan musuh dihadapan kamu!. Demi Allah, tidak ada yang dapat kelian lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran").  



Maksudnya, kalau lari dari musuh, kamu akan mati ditelan ombak dalam kekafiran (lari dari peperangan), kalau kita ke hadapan dan melawan musuh dengan penuh keberanian dan kekhlasan, kalau kita mati, kita akan mati syahid".

Pasukan Tariq menyerbu wilayah Andalusia dan menewaskan Kerajaan Visigoth dan pada 19 Julai 711 Roderick mati terbunuh dalam peperangan Guadalete.  Tariq kemudiannya dilantik menjadi Gabenur Andalusia.  Namun jasa Tariq berakhir dengan hasad dengki dengan kemampuannya.  Dia dipanggil pulang ke Damsyek oleh Khalifah.

Mengambil sempena kepahlawanan yang luar biasa itu, tempat itu dinamakan 'Jabal Tariq'.


Pandangan dari utara 'Moorish Castle's Tower of Homage', penempatan pertama yang dibina di Gibraltar sekitar tahun 711

Kerajaan Islam berkembang hingga ke hampir seluruh tanah Sepanyol dan bertahan selama 780 tahun. Akibat perebutan kuasa, kemewahan di kalangan pemerintah menyebabkan mereka lalai dan lupa.  Akhirnya pihak Kristian mengatur strategi membuat serangan balas untuk menghapuskan Islam di Sepanyol.  Bermula dengan bandar Toledo pada tahun 1085, satu demi satu wilayah Islam jatuh ke tangan Kristian dan yang terakhir ialah Granada yang jatuh ditangan tentera Queen Isabela dan suaminya Ferdinand dari Aragon pada tahun 1492.

Orang bukan Kristian dipaksa keluar dari Sepanyol manakala yang enggan keluar dipaksa memeluk Katholik dan jika enggan akan dibunuh atau disiksa.

Gibraltar dan 'April Fool'

Tujuan saya menulis tajuk GIBRALTAR ini bukan sekadar mengimbau sejarahnya. Seterusnya, bacalah kesah ini, dan renung-renungkanlah.  Terdapat sejarah tragik yang menimpa umat Islam yang terselit dalam sejarah 7 kurun Islam di Gibraltar yang boleh dijadikan sebagai pelajaran dan pengajaran. Adakah kita pernah atau ingin meniru-niru mengingati dan menerima perkara ini sebagai amalan kehidupan kita?.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib. 


Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar. 


Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.


Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai 'The Aprils Fool Day'.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

Sehingga tahun 711 Hijrah atau 1422 Masehi, daerah Gibraltar hanya diduduki oleh orang Islam. Bagaimanapun pada tahun 1422, Gibraltar menerima kumpulan besar orang Yahudi yang diusir dari wilayah-wilayah Cordova dan Seville serta Portugis.  Mereka lari dari pengejaran inquisition, pengadilan Gereja Katolik. Ia terjadi setelah wilayah-wilayah Islam tempat mereka tinggal mula didesak Kerajaan-kerajaan Kristian yang bangkit satu per satu bangkit di utara Sepanyol.


Sehingga tahun 1462, Kerajaan Kristian Sepanyol berhasil menguasai Gibraltar. Kaum muslimin, seperti juga kumpulan terdahulu telah melarikan diri ke negeri-negeri Afrika Utara dan Arab. Sebahagian Yahudi balik ke Jerusalem, yang juga di bawah pemerintahan Islam. 30 tahun berikutnya, Granada, kesultanan Islam terakhir di Semenanjung Iberia, jatuh. Hilang lenyaplah pengaruh Islam di Sepanyol.


Sehingga di tahun 1502, sepuluh tahun setelah "pembersihan" terakhir di Granada, Kerajaan Raja Ferdinand dan Queen Isabella, Sepanyol telah mengharamkan penganutan Islam di seluruh Sepanyol.  Seluruh daerah sempit Gibraltar, kekal di perintah oleh Sepanyol sehingga tahun 1704. 

Sejarah Gibraltar Moden

Pada tahun 1704 tentera gabungan Anglo-Dutch telah menawan Gibraltar setelah menewaskan Sepanyol dalam peperangan 'War of the Spanish Succession'. Wilayah ini kemudian diserahkan kepada Britain untuk selamanya (in perpetuity) di bawah 'Treaty of Utrecht' dalam tahun 1713. 

Walaupun dalam Perjanjian Utrecht Sepanyol telah menyerahkan Gibraltar untuk selama-lamanya, Sepanyol masih mencuba menuntut haknya dari semasa ke semasa. Tuntutan Sepanyol sudah pasti berasaskan kedudukan geografi tanjung Gibraltar itu sendiri sebagai ‘pentil’ kepada tanah besar Sepanyol. Kedua negara rupanya menyedari kepentingan bukit batu kecil itu sebagai pintu masuk ke Laut Medditerranean, terutama setelah dibukanya Terusan Suez pada tahun 1888. Tiada penghasilan lain di Gibraltar, selain dari pajak pelabuhan dari kapal-kapal tangki  dan penumpang atau pun pajak pelayaran selat. Selebihnya, adalah pelancongan dan perbelanjaan. Hotel-hotel berderet rapi, orang-orang asing bekerja di pelabuhan. Kehadiran pekerja-pekerja pelabuhan dari Morocco amat penting kepada survival Gibraltar. Gibraltar mendapat bekalan utama bahan makanan dari Morocco. 

Budaya dan gaya hidup di Gibraltar adalah mirip Negara Britain. Rekabentuk hotel, restoran, hingga pondok telefon pun mirip dengan apa yang terdapat di Trafalgar Square atau Piccadily, London. Manakala di sebelah barat gunung kelihatan rumah-rumah merambat bagai rumah-rumah pegunungan di Morocco. Penduduk asal Gibraltar sendiri bukan dari kalangan orang Inggeris dan bukan juga Arab. Mereka yang berasal dari sekitar Negara Medditerranean dan Itali berhijrah masuk selepas penguasaan Inggeris di Gibraltar pada tahun 1720. Bahasa rasmi mereka adala Inggeris, meskipun mereka juga boleh berbahasa Sepanyol. Bangsa Sepanyol sendiri tersisih di sini, baik di segi politik mahupun budaya. Walau pun semasa pemerintahan Diktator Franco di Sepanyol beliau menanamkan perasaan anti-Inggeris.
Sehingga kini, Gibraltar merupakan satu isu yang penting dalam hubungan diplomatik antara Britain-Sepanyol  kerana Sepanyol masih meneruskan usaha tuntutan ke atas wilayah ini.  Akibat hubungan dingin ini, Sepanyol telah menutup pelabuhan Ceuta (tanah jajahan Sepanyol di Morocco) untuk digunakan sebagai pangkalan ke Gibraltar). Jarak antara Ceuta adalah 20km sahaja berbanding jalan alternatif kedua di Tangier, Morocco sejauh 60km.
Rakyat Gibraltar telah dua kali menolak Referendum 1967 dan 2002 yang dikemukakan oleh Kerajaan Sepanyol yang menuntut kedaulatan ke atas Gibraltar.  Dalam perlembagaan Gibraltar tahun 2006, Gibraltar mempunyai Kerajaan sendiri (autonomi) kecuali hal ehwal pertahanan dan luar negara yang masih menjadi tanggungjawab Britain.

Peta Wilayah Gibraltar

Pintu masuk 'Kastam & Imigresen' dari arah Sepanyol

Kedudukan Gibraltar di dalam tanah negara Sepanyol

Tiga wilayah semenanjung yang unik; Gibraltar (UK), Ceuta (Spain) dan Melilla (Spain)


ANTARA PEMANDANGAN INDAH GIBRALTAR



 
Masjid Gibraltar

Hanya seketul batu keras yang amat berharga
 
 
Perkampungan bangsa Morocco di lereng bukit

Lapangan terbang Gibraltar yang menganjur ke laut
Bangunan Parlimen Gibraltar
Berkas:Battle of Gibraltar 1607.jpg
Gambaran pelukis: Battle of Gibraltar' antara Belanda dengan Sepanyol pada tahun 1607

No comments:

Post a Comment