Friday, August 7, 2015

A 032 KESAH ALMARHUM BUNG KARNO


SOEKARNO
BAPAK PEMBEBASAN
INDONESIA
 

Almarhum Bapak Sukarno atau lebih dijkenali sebagai BUNG KARNO, yang aku kenal di zaman kanak-kanak adalah HERO alam Melayu kerana berjaya membawa kemerdekaan Indonesia dari penjajah Belanda dengan menggunakan tulang empat kerat dan semangat waja rakyat Indonesia. Memabawa kepulauan yang bersepah dari Sabang ke Merauke menjadi sebuah kesatuan Rebublik Indonesoa pada tahun 1945.

Namun pengaruh ideologi Komunisme dalam istananya membawa kepada kejatuhannya. Salah satu impiannya ialah membawa Persekutuan Tanah Melayu, Saba, Sarawak, Singapura dan Brunei ke dalam Kesatuan Indonesia Raya. Namun kemerdekaan Tanah melayu pada tahun 1957 diikuti oleh pembentukan Malaysia pada tahun 1963 telah menimbulkan kemarahan beliau lalu melaksanakan operasi GANYANG MALAYSIA pada tahun 1963. Niatnya digagalkan oleh kepaduan rakyat Malaysia sehingga perjanjian Damai dimeterai pada tahun 1966 apabila Sukarno digulingkan dan tampok pemerintahan Indinesia diambil alih oleh Bapak Soeharto.

Konfrontasi Indonesia berakhir pada tahun 1966 dan tahun itu aku baru masuk ke Darjah Satu di Sekolah rendah Kebangsaan Seri Rejo Sari.

Namun semangat kebangsaan masih diterapkan di kalangan murid-murid sekolah pada waktu itu. Selain dari menyanyikan lagu NEGARAKU di waktu perbarisan pagi, kami juga diajar dan disuruh menyanyi lagu MALAYSIA BERJAYA sebelum keluar kelas untuk pulang dari sekolah.

Malaysia kita sudah berjaya
Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya
Berjaya dan berjaya

Berbagai kaum sudah berikrar
Menuju cita-cita
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya

Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya

Dengan semboyan kita berjaya
Menuju di angkasa
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-lagu-malaysia-berjaya.html#ixzz31a4eKBz1


Achmad Soekarno yang dilahirkan pada 6 Jun 1901 (meninggal dunia pada 21 Jun 1970) adalah Presiden Indonesia yang pertama (dari 1945 ke 1967). Beliau memainkan peranan penting dalam membantu negaranya mencapai kemerdekaan daripada Belanda (The Netherlands).

Sukarno juga dikenali sebagai Ahmed Sukarno atau Soekarno. Rakyat Indonesia sering menggelarnya Bung Karno.

Ketika dilahirkan, Soekarno diberikan nama Koesno Sosrodihardjo oleh orang tuanya. Namun kerana dia sering jatuh sakit ketika berumur lima tahun namanya diubah menjadi Soekarno oleh ayahnya. Nama tersebut diambil dari nama seorang panglima perang dalam kisah Bharata Yudha dan Karna. Nama" Karna "menjadi" Karno "kerana dalam bahasa Jawa huruf" a "berubah menjadi "o"sedangkan awalan "su" mempunyai erti" baik ".

Sukarno dilahirkan di Surabaya dalam sebuah keluarga bangsawan (ayahnya berasal daripada Jawa dan ibunya daripada Bali). Beliau menerima pendidikan awal dari sebuah sekolah berbahasa Belanda. Apabila Sukarno berada di peringkat sekolah menengah beliau bertemu dengan Tjokroaminoto (Cokro Aminoto), seorang teman yang akan menjadi nasionalis Indonesia pada masa akan datang. Pada tahun 1921, Sukarno melanjutkan pelajarannya di ‘’Technische Hoogeschool’’ di Bandung.

Sukarno fasih dalam beberapa bahasa terutama sekali Bahasa Belanda.

Sukarno merupakan ketua sebuah pergerakan kemerdekaan Indonesia, Partai Nasional Indonesia yang diasaskan pada tahun 1927. Beliau ditahan oleh pihak penjajah Belanda dan dikenakan hukuman penjara selama dua tahun. Apabila beliau dilepaskan, beliau menjadi amat popular. Pada tahun 1930an, beliau dipenjara beberapa kali oleh kerajaan kolonial.


Sewaktu Perang Dunia II, walaupun Sukarno bekerjasama dengan penguasa Jepun, beliau sering meminta kemerdekaan Indonesia daripada mereka. Pada Julai 1942, Sukarno dilantik oleh Jepun untuk menjadi ketua negara jajahan mereka. Beliau juga mengetuai Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI), sebuah jawatankuasa kelolaan Jepun untuk menyiapkan Indonesia untuk kemerdekaan.


Kemerdekaan dan Pancasila

Setelah Jepun tewas di Perang Dunia II, Sukarno dan Mohammad Hatta mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945.
Visi Sukarno untuk perlembagaan Indonesian 1945 merangkumi Panca Sila. (Lima Tiang). Falsafah politik Sukarno berlandaskan (tanpa sebarang aturan) unsure Marxism, Demokrasi dan Islam atau lebih dikenali sebagai Nasionalis, Agama dan Komunis (NASAKOM). Ini terbayang dalam Panca Sila, dalam bentuk yang dijelaskan oleh beliau pada ucapan 1 Jun 1945:
  • Kebangsaan (nasionalisme)
  • Kemanusiaan
  • Kerakyatan (demokrasi)
  • Keadilan Sosial
  • Percaya kepada Tuhan
Parlimen Indonesia, diasaskan di atas dasar perlembagaan asal (dan perubahan berikutnya), terbukti tidak dapat dikendalikan. Ini disebabkan perbezaan yang tidak dapat diselesaikan antara pelbagai sosial, politik, agama, dan puak berlainan.

Dalam kekacauan antara pelbagai pihak dan cubaan Belanda untuk mengekalkan kawalan kolonial, tentera Belanda menawan Sukarno pada Disember 1948, tetapi terpaksa membebaskan beliau selepas gencatan senjata (ceasefire). Beliau kembali ke Jakarta pada Disember 28 1949. Terdapat beberapa cubaan rampasan kuasa tentera terhadap Sukarno pada tahun 1956.

Dalam menegakkan orde (order), Sukarno mencanangkan apa yang disebut Demokrasi Terpimpin, di mana beliau secara bertahap mendapatkan semakin banyak kekuasaan eksekutif sementara tetap mempertahankan sebuah parlimen multi parti.


'Demokrasi Terpimpin', dan Autokrasi

Pada akhir masa jabatannya, Sukarno semakin bergantung kepada sokongan tentera dan Parti Komunis Indonesia (PKI).

Pada 30 November 1957, berlaku serangan bom tangan terhadap Sukarno ketika dia melawat sekolah di Jakarta. Enam kanak-kanak terbunuh dan Sukarno mengalami cedera parah. Pada Februari dia mula bertindak terhadap pemberontak Pemerintah Revolusioner Republik Indonesia (PRRI) di Bukittinggi (Sumatera).

Pada tahun-tahun berikutnya, beliau menguatkuasakan kawalan kerajaan terhadap penerbitan buku dan media dan menekan penduduk etnik Cina. Pada 5 Julai 1959 dia menubuhkan semula perlembagaan 1945, membubarkan Parlimen, membentuknya kepada yang disukainya dan memegang kuasa penuh sebagai Perdana Menteri. Beliau menggelar sistemnya sebagai kerajaan-melalui-perintah Manifesto Politik atau Manipol. Beliau membuang daerah semua penentang politiknya.

Pada tahun 1950an, beliau mendekatkan Indonesia dengan Komunis China yang akhirnya menjemput lebih ramai komunis dalam kerajaannya. Pada masa yang sama, beliau juga memperoleh bantuan ketenteraan daripada Soviet (Rusia).

Pada 1962, Sukarno memerintah serangan ke atas New Guinea Belanda (kemudian dikenali sebagai Irian Barat). Terdapat beberapa cubaan membunuh lanjut semasa beliau melawat Sulawesi pada 1962. Irian Barat di bawa ke bawah penguasaan Indonesia pada Mei 1963 di bawah Rancangan Bunker. Pada bulan Julai dalam tahun yang sama, Sukarno telah mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai Presiden Seumur Hidup.

Sukarno juga menentang penubuhan Malaysia yang disokong oleh British, dengan mendakwa bahawa ia merupakan "komplot neokolonialisme" untuk memelihara kepentingan British. Walaupun terdapat percubaan politik oleh Sukarno untuk mendekati Malaysia, negara Malaysia diisytiharkan pada September 1963. Ini mendorong kepada Konfrntasi Indonesia-Malaysia (Operasi Ganyang Malaysia) dan berakhirnya bantuan ketenteraan Amerika Syarikat kepada Indonesia. 

Sukarno menarik Indonesia daripada Majlis Keselamatan Negara pada 1965 dan Malaysia mengambil alih kerusinya. Ketika itu, Sukarno juga semakin sakit dan pengsan di khalayak ramai pada 9 Ogos 1965. Beliau telah didiagnosis secara rahsia sebagai menghidap penyakit ginjal.

Penggulingan Sukarno

Pada pagi 1 Oktober 1965 (malam 30 September), sebilangan daripada pegawai kanan tentera yang rapat dengan Sukarno telah menculik dan membunuh enam orang Jeneral anti Komunis. Peristiwa ini dikenali sebagai Gerakan September Tiga Puloh (GESTAPU). Pegawai tinggi yang terselamat ialah Leftenan Jeneral Abdul Haris Nasution dan Leftenan Jeneral Soeharto. Krisis ini mencetuskan tindakan keras terhadap parti komunis, dan sehingga setengah juta orang "tersangka komunis" (kebanyakannya petani) dibunuh dalam panik anti komunis itu. Genggaman kuasa Sukarno diperlemah oleh krisis ini, dan akhirnya, Leftenan Jeneral Suharto yang pro-Amerika memaksakan beliau menyerahkan kuasa eksekutifnya pada 11 Mac 1966.


Korban Lubang Buaya

Senarai korban GESTAPU bersama enam General TNI-AD:
  • Let Jen TNI Achmad Yani - Menteri dan Panglima TNI-AD dan Kepala Setaf Komando Operasi Tertinggi.
  • May Jen TNI Raden Suprapto (Wakil II Menteri serta Panglima Angkatan Darat bidang Administrasi.
  • May Jen TNI Mas Tirtodarmo Haryono (Deputi III Menteri serta Panglima AD bidang Perencanaan dan Pembinaan.
  • May Jen TNI Siswondo Parman (Assisten I Menteri serta Panglima AD bidang Intellijen) 
  • Brig Jen TNI Donald Isaac Panjaitan (Assisten IV Menteri serta Panglima AD bidang Lojistik. 
  • Brig Jen TNI Sutoyo Siswomiharjo (Inspektur Kehakiman serta Auditor Jeneral AD) 
  • Kol Katamso Darmokusumo (Komandan KOREM 072 Pamungkas, Yokyakarta)
  • Let Kol Sugiyo Mangunwiyoto (Kepala Setaf KOREM 072)
  • Let 1 Pierre Andreas Tandean (Ajutan kepada Jeneral TNI Abdul Haris Nasution)
  • Bripka Karel Satsuit Tubun (Pengawal kediaman Wakil PM II Dr J. Leimena)
Terdapatnya banyak tekaan tentang siapa yang mencetuskan krisis yang menyebabkan penggulingan Sukarno. Ada yang mendakwa bahawa PKI mengarahkan pembunuhan keenam-enam jeneral itu, ada yang mengatakan Sukarno sendiri berbuat demikian, dan ada yang berpendapat bahawa Suharto yang merancangkan pembunuhan itu untuk menghapuskan pesaing-pesaing yang berpotensi untuk jawatan Presiden. Terdapat juga dakwaan bahawa Sukarno digulingkan oleh Amerika Syarikat disebabkan nasionalisme dan dasar berkecualinya.



Parlimen Indonesia melucutkan jawatan Sukarno pada 12 Mac 1967, dan beliau kemudiannya ditahan di rumah sehingga kematiannya pada 21 Jun 1970 sewaktu berusia 69 tahun. Megawati Sukarnoputri, bekas presiden Indonesia keempat, adalah anak Sukarno.



Makam Soekarno di Blitar

Kesah Cinta Soekarno

Presiden Soekarno tercatat memiliki sembilan orang istri selama hidupnya. Soekarno memang dinilai sebagai seorang Don Juan yang selalu mempesona wanita. Berkali-kali diakui oleh Soekarno, dirinya memang seorang pemuja wanita cantik.

Mantan Ajudan Soekarno, Bambang Widjanarko menceritakan Soekarno memang jagoan soal wanita. Kharisma Soekarno ditambah intelektualitas yang tinggi, membuat wanita-wanita bertekuk lutut.

Selain itu, Soekarno juga selalu bersikap gallant atau sopan dan hangat pada setiap wanita. Tak peduli wanita itu tua atau muda. Soekarno tak segan-segan mengambilkan minum sendiri untuk tamu wanitanya.

Soekarno juga selalu membantu memegang tangan wanita, jika wanita itu keluar mobil. Dia juga mengumbar pujian pada wanita. Hal ini yang selalu membuat para wanita tersanjung.


Siti Oetari Tjokroaminoto

Siti Oetari Tjokroaminoto adalah isteri pertama Soekarno. Soekarno menikahi Oetari tahun 1921 di Surabaya. Ketika menikah usia Soekarno baru 20 tahun sementara Oetari masih 16 tahun.

Oetari merupakan putri guru Soekarno HOS Tjokroaminoto. Soekarno menikahi Oetari untuk meringankan beban keluarga Tjokro. Waktu itu isteri Tjokro baru saja meninggal.
Soekarno tidak mencintai Oetari sebagaimana seorang suami mencintai istrinya. Begitu pula Oetari. Dunia pergerakan Soekarno dan dunia kanak-kanak Oetari terlalu berseberangan. Hubungan mereka pun lebih seperti kakak-adik. 

Pernikahan Soekarno dan Oetari hanya seumur jagung. Soekarno menceraikan Oetari tak lama setelah kuliah di Bandung.



Inggit Garnasih

Soekarno belajar di Bandung tahun 1921. Sejak awal pertemuan di rumah Inggit Garnasih, dia sudah mengagumi sosok Inggit yang matang dan cantik.

Soekarno berusia 20 tahun dan Inggit berusia 33 tahun kala itu. Pernikahan Inggit dengan Haji Sanusi pun tidak bahagia. Pada sosok Inggit Soekarno menemukan pelabuhan cintanya. Inggit begitu telaten melayani dan mendengarkan Soekarno.


Soekarno merebut Inggit dari Sanusi. Mereka kemudian menikah tahun 1923. Inggit mendampingi Soekarno dalam suka dan duka selama hampir 20 tahun.




Pernikahan Soekarno dan Inggit tidak dikaruniai anak. Tahun 1943, Soekarno menceraikan Inggit yang tak mau dimadu.

Setelahnya, Soekarno pun menetap di Bandung pada tahun 1921. Saat itulah ia bertemu dengan Inggit dan langsung jatuh hati pada paras Inggit yang matang dan cantik. Walaupun saat itu mereka dihadapkan dengan perbedaan usia yang terlampau sangat jauh, mereka tak mampu membendung perasaan cinta yang berkecamuk di dalam hati.


Sebelumnya, Inggit pernah menikah, namun ia tidak bahagia dengan pernikahan terdahulunya. Pada tahun 1923, akhirnya mereka berdua pun menikah. Soekarno berhasil merebut hati Inggit dari Sanusi, suami terdahulu Inggit. Saat itu, Soekarno seperti menemukan pelabuhan dari kapal cintanya. Inggitpun dengan telaten dan setia melayani juga mendengarkan curahan Soekarno.



Namun, siapa yang tahu jodoh harus berhenti dimana, kapan dan bagaimaa. Setelah hampir 20 tahun menjalani rumah tangga bersama, dan belum juga dikaruniai anak, tahun 1943, Soekarno menceraikan Inggit. Bukan karena ia tak sanggup menunggu untuk mempunyai anak, namun karena Inggit yang tak ingin dimadu. Sekalipun begitu, Inggit tetap mencintai Soekarno.


Fatmawati

Dalam pembuangan di Bengkulu, Soekarno bertemu Fatmawati. Gadis muda ini adalah puteri seorang tokoh Muhammadiyah di Bengkulu. Usia Soekarno dan Fatmawati terpaut 22 tahun lebih muda.

Hubungan dengan Fatmawati membuat pernikahan Soekarno dengan Inggit Garnasih berakhir. Inggit menolak dipoligami dan memilih untuk pulang ke Bandung.



Soekarno menikahi Fatmawati pada tanggal 1 Jun 1943,  Soekarno berusia 42 tahun dan Fatma 20 tahun. Setelah Indonesia merdeka, Fatmawati menjadi ibu negara yang pertama. Dia juga yang menjahit bendera pusaka merah putih.

Dari Fatmawati, Soekarno mendapatkan lima orang anak. Guntur Soekarnoputra, Megawati Soekarnoputri, Rachmawati Soekarnoputri, Sukmawati Soekarnoputri, dan Guruh Soekarnoputra. Megawati kemudiannya menjadi Presiden Indonesia ke lima (2001 - 2004).


 

Siti Suhartini

Hartini adalah wanita setia yang sempat mengisi hidup Soekarno. Saat dipinang oleh sang proklamator pada 1953, Hartini berumur 29 tahun dan berstatus janda lima anak. 

Pernikahan keduanya diawali oleh pertemuan di Candi Prambanan, Jawa Tengah, saat sang kepala negara mengadakan kunjungan kerja. Sumber lain menyebutkan, pertemuan di candi itu adalah kelanjutan cinta pandangan pertama keduanya di rumah dinas Wali Kota Salatiga, setahun sebelumnya.





Dari Soekarno, Hartini melahirkan dua anak, yakni Taufan Soekarnoputra dan Bayu Soekarnoputra. Hartini tetap menjadi istri saat masa kekuasaannya Soekarno sudah memasuki usia senja. 



Hartini juga tetap mempertahankan status pernikahan hingga ajal menjemput Soekarno. Di pangkuan Hartini di Rumah Sakit Gatot Subroto pada 21 Jun 1970.



Kita boleh menebak, apa gerangan yang membuat Hartini begitu istimewa? Bahkan Bung Karno bergeming menyunting Hartini, meski hal itu mengakibatkan Fatmawati meninggalkannya. Dalam buku Srihana-Srihani, Biografi Hartini Sukarno, ia mengemukakan salah satu rahasia terbesar, mengapa Bung Karno begitu mencintainya.

Ada banyak rahasia besar tentunya, dalam konteks hubungan lelaki dan perempuan. Akan tetapi, tentu saja tidak semua bisa dibagi. Alhasil, ia membagi satu saja rahasia buat kita, yakni ihwal kebiasaannya bertutur kata lembut, halus kepada Bung Karno. Ia, dalam keadaan santai, resmi, atau saat-saat memadu cinta, tetap menggunakan bahasa Jawa srata tertinggi yang disebut “kromo inggil”.

Ratna Sari Dewi

Ratna Sari Dewi adalah wanita kelima yang dinikahi Soekarno. Lahir dengan nama Naoko Nemoto di Tokyo, 6 Februari 1940, Dewi dinikahi oleh Soekarno ketika usia 19 tahun. Dari Soekarno, yang ketika itu berumur 57 tahun, Dewi mempunyai satu anak yaitu Kartika Sari Dewi Soekarno. 


Kisah pertemuan Soekarno dan Dewi cukup menarik. Gadis Jepang itu berkenalan dengan Soekarno lewat seseorang ketika Bung Karno berada di Hotel Imperial, Tokyo. Sebelum menjadi istri Soekarno, Dewi adalah seorang pelajar sekaligus entertainer. Gosip beredar bahwa dia adalah seorang geisha. Namun rumor itu berkali-kali dibantahnya.

Dalam 'A Life in the Day of Madame Dewi' diceritakan, setelah bercerai dengan Soekarno, Dewi kemudian pindah ke berbagai negara di Eropa termasuk Swiss, Perancis, dan Amerika Serikat. Pada 2008, ia menetap di Shibuya, Tokyo, Jepang.


Dewi pernah membuat kontroversi pada 1998, saat dia berpose untuk sebuah buku foto berjudul 'Madame Syuga'. Di buku itu, ditampilkan Dewi dengan pose-pose setengah bugil dan menampakkan seperti tato.




Kartini Manoppo

Awal mula Bung Karno jatuh hati pada wanita yang pernah jadi pramugari Garuda Indonesia itu saat melihat lukisan karya Basuki Abdullah. Sejak saat itu, Kartini tak pernah absen tiap kali Bung Karno pergi ke luar negeri. Sosok wanita ini merupakan salah satu isteri yang paling dicintai oleh Soekarno. Sukarno menikahi dengan Kartini Manoppo pada tahun 1959 dan dikurniakan seorang anak bernama Totok Suryawan Sukarno pada 1967.

Kartini merupakan wanita asal Bolaang Mongondow, Sulawesi. Dia terlahir dari keluarga terhormat, sehingga Kartini menutup rapat-rapat pernikahannya dengan Bung Karno. Sejarah mencatat, Kartini merupakan istri kelapan Bung Karno.

Tidak banyak yang tahu bahwa ia dan Soekarno menikah karena Kartini merupakan keturunan keluarga terhormat asal Bolaang Mongondow, Sulawesi. Mereka menutup rapat-rapat pernikahannya karena hal itu. 


Siti Haryati

Haryati adalah seorang penari istana sekaligus Staf Sekertaris Negara Bidang Kesenian. Berkat pekerjaannya itulah, ia menjadi dekat dengan sang Proklamator.

Soekarno yang melihat keanggunan Haryati, tak henti-hentinya mengirim rayuan kepada wanita berusia 23 tahun itu. Bahkan, saat itu, Haryati yang tengah mempunyai seorang kekasih tak jua membuat niat Soekarno patah. Karena perjuangan Soekarno itu, Haryati akhirnya bertekuk lutut dan tak kuasa menolak pinangan sang Kepala Negara. Mereka pun akhirnya menikah pada 21 Mei 1963.

Namun, 3 tahun kemudian, Haryati diceraikan karena Soekarno sudah tak lagi merasa cocok dengannya.

 

Urike Sanger

Pertama kali Presiden Soekarno bertemu dengan Yurike Sanger pada tahun 1963. Kala itu Yurike gadis cantik yang memiliki darah Belanda masih masih berstatus pelajar menjadi salah satu anggota Barisan Bhinneka Tunggal Ika pada acara Kenegaraan.

Pertemuan itu rupanya langsung menarik perhatian Sang Putera Fajar. Perhatian ekstra diberikan sang presiden kepada gadis bau kencur itu, mulai dari diajak bicara, duduk berdampingan sampai diantar pulang ke rumah.


Rupanya, benih-benih cinta sudah mulai di antara keduanya. Singkat waktu, Bung Karno menyatakan perasaannya dan menyampaikan ingin menikah dengan sang pujaan hati. Seutai kalung pun diberikan ke Yurike.

Akhirnya, Bung Karno menemui orangtua Yurike. Pada 6 Agustus 1964, dua anak manusia yang tengah dimabuk cinta itu menikah secara islam di rumah Yurike. Berjalannya waktu, ternyata pernikahan ketujuh Sang Proklamator berjalan singkat. Yurike ini mempunyai darah keturunan Belanda. Oleh kerana Sukarno amat membenci Belanda maka dia telah menukar nama Yurike kepada Yuriwati.


Kondisi Bung Karno pada 1967 yang secara de facto di makzulkan sebagai presiden, berdampak pada kehidupan pribadi. Didasari rasa cinta yang luar biasa, Bung Karno yang menjadi tahanan rumah di Wisma Yoso menyarankan agar Yurike meminta cerai. Akhirnya perceraian itu terjadi, meski keduanya masih saling cinta.

Heldy Djafar

Heldy Djafar merupakan istri terakhir Soekarno, istri kesembilan. Keduanya menikah pada 1966, kala itu Bung Karno berusia 65 tahun sedangkan Heldy gadis asal Kutai Kertanegara, Kalimantan Timur itu, masih berusia 18 tahun.


Pernikahan keduanya hanya bertahan dua tahun. Kala itu situasi politik sudah semakin tidak menentu. Komunikasi tak berjalan lancar setelah Soekarno menjadi tahanan di Wisma Yaso, Jalan Gatot Subroto. Heldy sempat mengucap ingin berpisah, tetapi Soekarno bertahan. Soekarno hanya ingin dipisahkan oleh maut.

Akhirnya, pada 19 Juni 1968 Heldy 21 tahun menikah lagi dengan Gusti Suriansyah Noor. Kala itu Heldy yang sedang hamil tua mendapat kabar Soekarno wafat. Soekarno tutup usia 21 Juni 1970, dalam usia 69 tahun.



.

No comments:

Post a Comment